Semua Ahli Alumni dipelawa untuk memberi pandangan bagi penambahbaikan kurikulum akademik @ kokurikulum kursus perguruan yang dijalankan oleh IPGKTAR. Maklumat ini akan dikaji oleh pihak IPGKTAR dan jika sesuai akan dipanjangkan ke pihak IPGM Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tindakan/pertimbangan lanjut. Semua cadangan/pandangan boleh dihantar kepada Pengarah IPGKTAR untuk perhatian Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui emel @ surat rasmi.
Pendaftaran Ahli Alumni IPGKTAR
Written by Cynthia Chan
Monday, 23 August 2010 01:55
Pendaftaran sebagai ahli alumni IPGKTAR boleh dibuat melalui emel ke
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
atau faks ke 082-672984 (u.p. Jabatan Hal Ehwal Pelajar). Untuk memuat-turun dokumen tersebut, sila klik Borang Pendaftaran Ahli Alumni IPGKTAR.
Last Updated on Monday, 23 August 2010 02:18
Selamat Datang Ke Laman Web Alumni IPGKTAR
Written by Cynthia Chan
Monday, 23 August 2010 01:47
Kepada Semua lulusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
IPGKTAR sedang berusaha untuk menubuhkan alumni bagi lulusan kampus ini. Sebagai permulaan kami membuka peluang kepada semua lulusan untuk mendaftar sebagai alumni institut. Matlamat akhir adalah untuk menubuhkan Persatuan Alumni IPGKTAR yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dengan perlembagaan sendiri.
Objektif penubuhan alumni ini adalah: 1. Menyelaras aktiviti alumni . 2. Menjalin hubungan pintar dan mesra antara IPGKTAR dan alumni melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang 3. Mengumpul sebanyak mungkin data tentang alumni 4. Membantu pengurusan dan penjanaan dana sumbangan Alumni bagi membantu pihak Alumni mengerakkan aktiviti dan menganjur program yang lebih bermanfaat dan lebih baik.
Keahlian Keahlian adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini. Bagi mereka yang ingin mendaftar sila lengkapkan borang pendaftaran yang disertakan dan dipos atau diemail menggunakan maklumat yang terdapat dalam borang pendaftaran.
Keahlian adalah terbuka kepada 2 kategori; 1. Ahli Biasa Terbuka kepada bekas pelajar IPGKTAR yang menamatkan pengajian mereka diperingkat Diploma dan Ijazah (Termasuk lulusan Maktab Perguruan Samarahan, Maktab Perguruan Tun Abdul Razak dan Institut Perguruan Tun Abdul Razak) 2. Ahli Bersekutu Terbuka kepada bekas kakitangan yang berkhidmat di IPGMKTAR (Tidak boleh mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung)